Monday, November 28, 2011

Edisi 11: Pergi yang tidak akan kembali~

Assalamualaikum,
kepada semua pembaca.
entri kali ingin menceritakan pemergian
yang tidak akan kembali.

setiap yang hidup itu pasti akan mati.
itu adalah janji Allah kepada semua makhlukNya.
akan tetapi waktu, masa dan cara kematian
tersebut telah dirahsia agar semua makhluk
melakukan kebaikan serta taat perintah Yang Maha Esa.

hari sabtu yang lepas, saya telah dikejutkan
dengan satu panggilan oleh rakan sekampung
yang memberitahu satu berita yang menyedihkan.

rakan seperjuangan saya sejak dari sekolah
telah pergi menghadap Ilahi dalam satu kemalangan jalan raya
dan beliau telah meninggal di tempat kejadian

sangat menyedihkan apabila teringat
kenangan bersama arwah.
gelak, tawa riang semuanya hanya tinggal kenangan
buat selamanya

sebelum kejadian, arwah
dikatan telah pergi ke Kuantan
untuk menemu rakannya disana
beliau telah bergerak ke sana
pada jumaat malam dan akan pulang ke Segamat pada
malam itu juga

semasa dalam perjalanan pulang
beliau telah mengalami kemalangan
dengan melanggar sebatang pokok besar yang berada di tepi jalan
Haighway Segamat-Kuantan
dan punca kemalangan masih lagi tidak diketahui .
yang paling menyedihkan adalah
semasa arwah mengalami kemalangan, 
tiada kenderaan pun yang lalu di laluan tersebut
dan jenazah  arwah telah ditemui pada awal pagi
kebetulan ader kenderaan yang lalu disitu
dan dikatakan jenazah arwah telah sejuk sewaktu ditemui.

gambar dibawah ini adalah gambar arwah

Arwah sufian bersama dengan keretanya



Gambar kereta arwah selepas kemalangan yang telah meragut nyawa arwah

Diharapkan moga arwah Sufian ditempatkan
dikalangan orang-orang yang beriman
dan rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatehah

(p/s : kawan2 semua diharapkan berhati2 di jalan raya dan berhenti seketika apabila mengantuk atau letih)




Saturday, November 19, 2011

Job Fair at PWTC

Assalamualaikum..
hey semua.
semalam aku dan geng2
amir, wani, nurul, ana dan fateha
pergi ke PWTC kerana ada BN Youth Job Fair.
besh jugak la di san sebab banyak booth
dari pelbagai syarikat yang mencari pekerja
so, aku dan kawan-kawan tidak juga melepas peluang untuk menghantar
resume sebagai langkah pertama untuk mendapat  pekerjaan.
mungkin ini menjadi titik permulaan untuk memulakan kerier.

banyak gak la syarikat yang aku letak resume
sampai nak listkan kat sini pun aku da lupe,hehe..
mudah-mudahan ada la yang sangkut(xberharap pon sebenarnya..:P).

sebelum nak sampai kt PWTC tu banyak gak la cabaran
yang dilalui macam tak dapat parking kt train, kena tukar 2 train untuk sampai PWTC dan perjalanan yang jauh untuk sampai ke sana.mungkin itu dugaan untuk mencari kerja.
tapi tak apa sebab semuanye semangat belaka
untuk sampai disana dan mintak keje..hehe..

apa-apa pun yang penting kita happy dengan apa yang kita buat
dan tak akan rasa menyesal kan?hehe..

ok la tu je nak kongsi..
papai~ :P


Tuesday, November 15, 2011

Kesempurnaan



Assalamualaikum..

haa...entri kali ni nak citer pasal SEMPURNA
macam yang kite tengok gambar kat atas tu
kenapa AWAK + SAYA = SEMPURNA??
haaa..persoalan yang xpernah kita fikir kan?
kadang-kadang kita rasa kita da cukup sempurna dah
sebabnya dari segi fizikalnya semua ada kan? cuba check tengok kot2 la tetiba
tak ada plak apa yang ada kat seluruh badan kita,hehe..
(melawak aje...)

macam mana nak taw AWAK + SAYA = SEMPURNA ye?
bagi aku la kan..yang menjadikan pasangan tu rasa sempurna apabila
kedua-duanya dapat menerima kebaikan dan keburukkan pasangan masing-masing
dan juga cuba mencari penyelesaian bagi ketidakseumpurnaan pasangan
agar lebih memahami supaya menjadi sempurna.
contahnya, pasangan kita ni tidak suka berkemas tapi kita ni pengemas.
so, kita tolong la sempurnakan sifat pasangan kita yang tidak suka berkemas tu
dengan mengajaknya tolong kita berkemas.
lama-kelamaan pasangan kita tu akan faham dan tahu juga untuk berkemas
serta tahu yang kita ni tidak suka bersepah-sepah.

Tuhan tu sengaja menjadikan mahluknya tidak sempurna
bagi membolehkan makhluknya memerlukan antara satu sama lain
untuk menjadi penyempurna hidup.
Sekian.

papai..:)


Monday, November 14, 2011

Doa dan memudahkan urusan orang lain~

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca sekalian
hope korang semua sehat2 dan ceria2 je hari ini
dan moga Allah mempermudahkan segala urusan kalian untuk hari ini da hari seterusnya
lecture saya pernah cakap..
"kalau kita mahu orang lain doakan kita, kita mestilah terlebih dahulu doakan orang lain"
dan juga pesanan ni
"kalau kita memudahkan urusan orang lain, insyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kita dan memberi ganjaran pahala".

aku sentiasa ingat pesanan lecture aku ni dan bila ternampak orang dalam kesusahan
kita doakan dia dan cuba tolong apa yang boleh,hehe..
p/s: klo korang nampak orang tu lain macam je jangan berani2 nak tolong ye..
mintak doa kepada Allah supaya niat ikhlas kita tu
tidak menjadi musibah kepada kita..

ok.tu je kot utk kali nie..
papai~ :P

Saturday, November 12, 2011

Maksud Pergerakan Dalam Solat




Ini merupakan rahsia pergerakan dalam solat..
mudah-mudahan kita semua akan lebih bersemangat mengerjakan ibadah, insyaAllah..



1 - Niat Sembahyang: Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul: Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram: Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah: Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu': Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal: Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud: Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud: Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir): Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir: Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi:Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam: Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib: Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th "

jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu
adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain... 

aktiviti cuti Midsem UTM

Assalamualaikum W.B.T

hye semua,
sebenarnya bnyak benda dah aku terlepas nak tulis
sebabnya tidak berkesempatan untuk mengemaskini blog
haa..ni da ada masa ni update la sikit tentang aktiviti yang aku buat masa cuti midsem

sebenarnya xde la banyak sangat pun aktiviti yang buat masa cuti aritu
tapi boleh dikatakan besh jugak la sebabnya
walaupun cutinya pendek tapi bermakna,hehe..
korg nak taw apa yang bermaknanye tu???
orite..cek cite nar..(eh!terckp kodah la plak..hihi)

Jumaat (4 November 2011)
cek gerak balik Segamat dari UTM dalam lebih kurang
pukul 5.50 ptg la macam tu..
tu pun telefon cek da macam
radio je asyik bebunyi orang call
memula adik cek call tanya nak balik rumah pukul berapa
lepas tu sorang2 kawan cek call duk tanya benda yang sama
sampai cek da nek pening da..
semua2 call tanya pukul berapa balik tu sebabnya ajak cek p karaoke
bukan main xsabar lagi diorg nak tunggu cek balik ye.
cek cakap dalam kul8 cek smpai la..

cek smpai ke kampung cek Segamat dalam pukul 7.15mlm
aikk...cepatnye smpai?haa..tu dia kehebatan elisa cek tu..
pantas bergerak..da nama pon ikan kelisa..tu yang laju je..hehe..
tapi jangan salah sangka..cek ikut had laju kebangsaan okey..hihi..(la cgt..:P)

aktiviti :
Karaoke bersama geng2 sekolah sampai 3jam dari kul 10.30mlm
sampai da tak ada suara da nak nyanyi tapi ade hati lagi nak tambah lagi sejam,hahaha..
pastu pegi minum dengan geng2 Honda(walaupun xpkai honda lagi tapi geng dlu la,:P)
sebab malam tu jugak ada game persahabatan antara kereta2 King,hehe..
layan jerk la..

Sabtu (5 November 2011)
Aktiviti:
Siang tu aktiviti just balik kampung ayah dekat Buloh Kasap, Segamat
untuk hantar kek coklat hasil air tangan Hj. Rosdin (ayah cek la tu..)
untuk diberikan kepada adik-beradik ayah kt sana. pastu balik rumah balik
sebabnya raya haji ni raya kat kampung emak kat Negeri Sembilan (nogori yang monang piala Malaysia tu,:))
tapi ayah, emak n adik-adik cek da balik dulu da..cek je nak balik lewat sikit
sebab ada hal sikit kat umah.

malam tu cek pegi jumpa kawan sekolah rendah
yang cek rapat da iaitu Azhar n Arip
diorg ni kawan cek dari tadika lagi
kami memang rapat,hehe..
pegi minum dengan diorg smpai pukul 2 pagi baru balik
banyak gak la citer yang diborakkan..
maklum la, lama tak jumpa kot..
masing2 sibuk dengan aktiviti masing2, tu yang jarang jumpa.
duk borak2 tu dapat la offer untuk snap gambar kawan cek ni tunang
si Azhar ni la..cek pun terima la dengan hati yang terbuka,hehe..
ada job mesti ader rezeki..
rezeki jangan ditolakkan?hehe.. 

Ahad (6 November 2011)
Aktiviti:
Arini Hari Raya Haji atau pun AidilAdha atau Raya Korban
aktiviti siang cam bese la pegi Solat Raya
balik-balik tu terus la tido
sebabnya cek sampai kampung emak kat Negeri Sembilan pukul 6 pagi tadi, hehe..
(tu la..malam rayo poie bojalan sampai tak tido)
dalam pukul 2 lebih petang macam tu da bersiap-siap kemas nak balik Segamat balik
dan balik kampung ayah kerana ada majlis korban
sebelum balik tu singgah Hospital melawat sepupu cek eksiden motor
teruk gak la sebab langgar lembu.
(pada yang nek motor tu berjati-hati ye..)
pastu terus la balik kampung ayah kat Segamat..

malam tu ada majlis yassin dan tahlil untuk sepupu cek yang meninggal
1hari selepas raya deepavali
beliau meninggal kerana kanser payu dara
(so, girls jaga la diri agar tak kena kanser nie ye..bahaya!!)

Isnin (7 November 2011)
Aktiviti :
Mengikuti rombangan pertunangan Mohd Azhar binYusop(kawan baik cek)
rombongan bergerak pukul 9.30 A.M
dan sampai di Kuala Pilah dalam pukul 11.30A.M
majlis pertunangan member cek ni simple jer.
barang hantaran 5 dulang dan di balas 5 dulang juga.
duit hataran RM10101.01 (da macam nombor binari da..)
cek sebagai jurukamera dapat la merakam detik-detik tersebut.
tapi gambar semua pada kawan cek Azhar sebabnya cek xbawak external hardisk
untuk copy gambar tersebut sebab cek guna kamera Azhar ni
kamera cek ader masalah sikit.
ni ader la gambar sikit yang cek amik dari Fb Azhar
tapi dia da siap edit da..hehe..




Gambar di atas adalah sebahagian hasil sentuhan cek tapi dah di edit oleh Azhar
sikit je gambar nie..nanti cek da dapat semua gambar dan di edit hasil sentuhan cek
akan cek tunjuk kat korg ye..hehe..

tu jela rasanya cerita yang dapat cek kongsikan..
panjang lebar cek cerita..ntah larat ntah tidak korg nak baca.
hahaha..
ok la la..papai~ :)

Friday, November 4, 2011

lepaking wif brothers~

Assalamualaikum

hye semua!!
erm..actually saya da lame da xmengarang
untuk nk tulis blog nie.
tym nk tulis blog nie pon terpikir2 lagi ape la yang nk dituliskan
tataw cmner nak start.hehe..

sebenarnya aku baru je balik dari rumah abg aku kt Bandar Sri Putri Kulai
saje je perjumpaan bersama adik beradik
lagi pon adik aku yang no. 3 tu baru je sampai dari penang, da alang2 kt sini tu jumpa la kan.
kitorg pon da lame xdapat nak lepak ramai-ramai macam nie.
almaklum la..adik aku tu belajar ket Penang..jauh gak tu dan jarang balik
abang aku yang sulong plak keje dan keje die pon xtentu, kejap siang dan kejap malam.
so, payah la sket nk berkumpul cmtu..klo dapat pon masa raya la.

nak di jadikan cerita dah plan nk jumpe kat Restoran bibik
ingat nak pekena ayam penyet, sekali kak ipar aku plak pening kepala
maybe pembawak buadak gaknye..normal la ibu2 mengandung ni kan.
dah tu, xjadi la nak pekena ayam penyet sebabnya abang aku xmo nk g lepak jauh2
sian pulak kat isteri dia duduk sorang-sorang kat umah dan suruh aku datang sana

dah sampai sana tu kitorg kuar la dan menuju ke restoran ramai-ramai
kat situ tomyam dan sup ayam dia
perggghhh...memang sedap tidak terkira la.hehe..
sampai2 je kat kedai tu tutup la plak..
aduss..spoil laa..
hehe.. almaklum la da dekat raya haji ni kan
orang kedai tu sume da bali kampung..almaklum la semua orang kelantan kan..kat sana kan meriah kalau raya haji ni..

pastu, pegi la kat kedai lain apa nama die ntah..aku pon xingat..nampak macam ramai orang jer..mesti sedap tu..biasanya kedai yang ramai orang ni sedap kn?
letak je kereta, kitorg pon pergi la ke kedai tu
sekali tengok pinggan bersepah kot atas meja xberangkat
memang ramai betol kedai ni sampai pekerja dia xsempat nak bersihkan meja.
itu dah satu hal, pastu nak ambil order plak punye la lambat
erm..ape lagi, cabut je la..klo da order pon lambat memang la makanan pun smpai lambat
kitorg pon blah je la dari kedai tu..

jalan punya jalan jumpa la satu kedai ni
char kuey tiaw penang
haaa..tu dia..mai pekena la..
"amboi..da tercakap penang plak dah..hihi"

nak cerita sedapnya char kuey tiaw ni pon
xbole nak diceritakan sebabnya memang kena rasa baru taw..
pergghh..memang best.
untuk korang aku bagi tengok gambo je la ye..

nyum..nyum..terliur tak korang tengok..:P

memang best pun..superverb!!
erm..tu  je la yang aku nak kongsi sebenarnya..
panjang lebar duk sok sek sok sek..
rupenye nak citer char kuey tiaw je..hahaha..
penat je korg baca kan?:)
kalo sapa-sapa yang teringin nak makan 
makanan ni bole la ajak aku dan blanje aku skali,hahaha..
kidding..:P
ok la..tu je kot..papai~
Assalamualaikum~






Thursday, November 3, 2011

Andai lelaki tahu~

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.