Monday, November 28, 2011

Edisi 11: Pergi yang tidak akan kembali~

Assalamualaikum,
kepada semua pembaca.
entri kali ingin menceritakan pemergian
yang tidak akan kembali.

setiap yang hidup itu pasti akan mati.
itu adalah janji Allah kepada semua makhlukNya.
akan tetapi waktu, masa dan cara kematian
tersebut telah dirahsia agar semua makhluk
melakukan kebaikan serta taat perintah Yang Maha Esa.

hari sabtu yang lepas, saya telah dikejutkan
dengan satu panggilan oleh rakan sekampung
yang memberitahu satu berita yang menyedihkan.

rakan seperjuangan saya sejak dari sekolah
telah pergi menghadap Ilahi dalam satu kemalangan jalan raya
dan beliau telah meninggal di tempat kejadian

sangat menyedihkan apabila teringat
kenangan bersama arwah.
gelak, tawa riang semuanya hanya tinggal kenangan
buat selamanya

sebelum kejadian, arwah
dikatan telah pergi ke Kuantan
untuk menemu rakannya disana
beliau telah bergerak ke sana
pada jumaat malam dan akan pulang ke Segamat pada
malam itu juga

semasa dalam perjalanan pulang
beliau telah mengalami kemalangan
dengan melanggar sebatang pokok besar yang berada di tepi jalan
Haighway Segamat-Kuantan
dan punca kemalangan masih lagi tidak diketahui .
yang paling menyedihkan adalah
semasa arwah mengalami kemalangan, 
tiada kenderaan pun yang lalu di laluan tersebut
dan jenazah  arwah telah ditemui pada awal pagi
kebetulan ader kenderaan yang lalu disitu
dan dikatakan jenazah arwah telah sejuk sewaktu ditemui.

gambar dibawah ini adalah gambar arwah

Arwah sufian bersama dengan keretanya



Gambar kereta arwah selepas kemalangan yang telah meragut nyawa arwah

Diharapkan moga arwah Sufian ditempatkan
dikalangan orang-orang yang beriman
dan rohnya dicucuri rahmat.

Al-Fatehah

(p/s : kawan2 semua diharapkan berhati2 di jalan raya dan berhenti seketika apabila mengantuk atau letih)




No comments: