Friday, December 16, 2011

Edisi 19 : Malang tidak berbau

Assalamualaikum..
hye semua.
hari ini hari yang baik dan jugak tak baik untuk diri aku
dan ahli keluarga aku yang terdekat iaitu abang dan kakak ipar aku..
yang baik tu akau akan citer die edisi yang lain yer..

citer dia bermula begini.petang tadi dalam jam 6.25 ptg, aku, abang & kakak ipar aku
bersiap2 la untuk pergi ke Puteri Harbour untuk sesi fotografi
untuk amik gambar kenangan dikala kakak ipar aku mengandung.
Sebelum bergerak ke destinasi yang ditujui, kitorang pun pergi la isi minyak kat Shell Jalan Skudai.
Pas da isi minyak tu, bergerak la dengan hati yang riang ria untuk fotoshoot..:)

keluar je dari simpang Shell tu menyusur untuk masuk ke laluan
jalan besar sebab sebelum tu berfikir2 lagi nak ikut jalan mana untuk ke sana.
belum sempat pun nak masuk ke laluan jalan besar
tiba2...BOOOMMMM!!! ader orang langgar kete abang aku dan aku nampak budak
tercampak kat tengah jalan betol2 sebelah cermin kete abang aku..
tergolek-golek aku tengok budak tu..da macam citer hindustan main guling-guling kat taman permainan..hehe~

aku dan abg aku terus berhenti dan berkejar kat budak tu untuk tolong die
angkat ke tepi jalan dan alih moto die..nasib baik la die xkene langgar ngan lori kat belakang die tu.
kalau tidak dah arwah dah..huhu..
pas da tolong budak tu tanya la die ok ke tak kan..macam mane boleh langgar kete..
pastu budak tu dengan selamber je cakap "tu perempuan tu, die bawak slow pastu brek2.."
hamboii!!ko nk salahkan kakak ipar aku plak..ko yang bawak macam haram, tuka laluan sesuka hati..orang baru kuar simpang memang slow..Bing gak ko nie..aku da berangin da masa tu..abang aku cakap la tu kete abang aku.. abang aku yang bawak, bukan perempuan tu..

budak tu terkejut, pastu dan2 je tukar statement
cakap lori tu pulak yang brek n die mengelak lori tu.
padahal abang aku nampak die men pancung je lori tu masuk ke laluan kete abang aku.
"that be your stupid statement la kawan..WTF!!"
jangan nak salahkan orang kalau diri sendiri yang salah. aptb..

pastu aku & abang aku tinggalkan budak tu kat tepi jalan dan pergi tengok keadaan kete.
xla teruk sangat tapi kalau nak repair tu makan rm700 ke rm800 la..
bumper koyak n calar..tayar koyak, lampu pecah n body lari sket la sebab hentakan kuat.






Alhamdulillah la semua da settle.
ayah budak tu dah setuju nak bayar ganti rugi kerosakkan kereta.
aku pun dah hantar kete kat bengkel member aku.
orang kata "Malang memang tak berbau".
mudah-mudahan kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang buruk insyaAllah.

tu la kot nak kongsi..
papai~ :P














2 comments:

Cik Zuliana. said...

sabar lah izaq~ syukur...semuanya selamat :) moga2 bakal anak sedara tak tkejot..hihi...

izaqHelmy said...

hehe..insyaAllah cik zuliana..:)