Saturday, December 17, 2011

Edisi 20 : satu hari yang bermakna~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera
kepada sume follower,hehe..
macam ramai je yg follow aku..hihi~
erm..edisi kali ni nak citer pasal
apa yang dapat membahagiakan aku dan bermakna dalam satu hari,hehe..
Firstly aku nk cite yang mengenai Navigate Career.
erm..da ujung2 sem ni baru ler sibuk nak membanyakkan sijil.
aku dan 6 orang kawan yang lain pergi la join program nie.
memula kitorg nak join program tu pagi,
diesebabkan masalah yang tidak dapat dielak terpkasa la join petang.
tgh hari tu kitorang daftar la sebab program tu kena daftar 1jam sebelum program tu start.
program yang kitorang join mengenai cara untuk membuat resume
dan cara bagaimana tips untuk menghadiri interview.

memang besh la program tu.
banyak pengetahuan yang aku dapat mengenai
cara membuat resume dan tips untuk menjadi lebih yakin untuk menghadiri interview.
lagi satu ilmu yang besh adalah bagaimana kita dapat serasikan diri kita dengan orang yang kita tidak kenal..
tips tu yang paling aku suke sebabnya aku ni memang la jenis peramah sikit..:)
erm..gambar kat bawah nie adalah barangan yang aku dapat masa pergi program tersebut.

ni adalah banner bagi program tersebut..nice kn??
barangan yang diperolehi~
dapat baju tu..hihi..
haa..tu yang firstly perkara yang besh..
yang kedua ni pulak adalah aku dapat suprise daripada mem tersayang.
korang mesty nak tahu apa yang suprisenyekan?hehe..
sapa nak tahu angkat kening.!!hihi..

apa yang membuat aku suprise tu
adalah mem aku call suruh ambil barang yang die kirim kat
kawan die yang pergi hantar barang kt JB nie.
dia cakap kat aku nak bagi coffee jenama Hang Tuah.
kopi tu memang best la dan terkenal kat KL & Penang especially.negeri lain pon ader jugak kopi nie..(ewah!nk promote la plak..hihi~).
kopi tu mem aku bagi untuk aku bawak balik kampung.
aku pon pergi la ambil kopi tu kat kawan mem aku tu.

memula tu memang la kawan mem aku tu bagi aku satu bag kopi yang ader 2 paket kopi 3 in 1 tu.
aku pun ambil dan borak2 la sekejap ngan kawan mem aku tu.
tetibe die keluarkan 1 bungkusan hadiah dan bagi kat aku.
aku pon tanya la.."aik! hadiah sape nie?"
kawan mem aku cakap tu hadiah untuk aku mem aku bagi.
hurm..suprise gak tyme tu..tengok nama kat hadiah tu memang nama aku..hehe..

malam tu aku bukak dan ini adalah barang yang mem bagi..hehe.

Kopi Hang Tuah.."tu la dia kalau nak taw", tag line dalam iklan kat sinar.:)

hadiah suprise...ape agak2 dalam nie ye..hihi~
tadaa........

dapat wallet..baru je terpikir nak beli wallet baru aritu..
da dapat wallet..rezeki!! :)
Dapat Angry Bird..yeaa..bole bawak tido..hihi~ 
  
dapat scott's emotion..untuk tenaga dan kecergasan..:)

Hasil gabungan semua barangan..hihi~
"terima kasih awak sebab bagi semua ni"
"saya suka!!"

erm..tu la perkara yang bermakna yang aku dapat dalam
hari yang sama..tapi dalam hari yang sama juga
ditimpan bencana seperti yang aku cerita dalam edisi sebelum ini..

hehehe..rasanya tu je la yang aku nak kongsi kali nie.
panjang jugak aku coretkan nie..penat korang nak
baca kan?hehe..
ok lah..papai..:P ~


Friday, December 16, 2011

Edisi 19 : Malang tidak berbau

Assalamualaikum..
hye semua.
hari ini hari yang baik dan jugak tak baik untuk diri aku
dan ahli keluarga aku yang terdekat iaitu abang dan kakak ipar aku..
yang baik tu akau akan citer die edisi yang lain yer..

citer dia bermula begini.petang tadi dalam jam 6.25 ptg, aku, abang & kakak ipar aku
bersiap2 la untuk pergi ke Puteri Harbour untuk sesi fotografi
untuk amik gambar kenangan dikala kakak ipar aku mengandung.
Sebelum bergerak ke destinasi yang ditujui, kitorang pun pergi la isi minyak kat Shell Jalan Skudai.
Pas da isi minyak tu, bergerak la dengan hati yang riang ria untuk fotoshoot..:)

keluar je dari simpang Shell tu menyusur untuk masuk ke laluan
jalan besar sebab sebelum tu berfikir2 lagi nak ikut jalan mana untuk ke sana.
belum sempat pun nak masuk ke laluan jalan besar
tiba2...BOOOMMMM!!! ader orang langgar kete abang aku dan aku nampak budak
tercampak kat tengah jalan betol2 sebelah cermin kete abang aku..
tergolek-golek aku tengok budak tu..da macam citer hindustan main guling-guling kat taman permainan..hehe~

aku dan abg aku terus berhenti dan berkejar kat budak tu untuk tolong die
angkat ke tepi jalan dan alih moto die..nasib baik la die xkene langgar ngan lori kat belakang die tu.
kalau tidak dah arwah dah..huhu..
pas da tolong budak tu tanya la die ok ke tak kan..macam mane boleh langgar kete..
pastu budak tu dengan selamber je cakap "tu perempuan tu, die bawak slow pastu brek2.."
hamboii!!ko nk salahkan kakak ipar aku plak..ko yang bawak macam haram, tuka laluan sesuka hati..orang baru kuar simpang memang slow..Bing gak ko nie..aku da berangin da masa tu..abang aku cakap la tu kete abang aku.. abang aku yang bawak, bukan perempuan tu..

budak tu terkejut, pastu dan2 je tukar statement
cakap lori tu pulak yang brek n die mengelak lori tu.
padahal abang aku nampak die men pancung je lori tu masuk ke laluan kete abang aku.
"that be your stupid statement la kawan..WTF!!"
jangan nak salahkan orang kalau diri sendiri yang salah. aptb..

pastu aku & abang aku tinggalkan budak tu kat tepi jalan dan pergi tengok keadaan kete.
xla teruk sangat tapi kalau nak repair tu makan rm700 ke rm800 la..
bumper koyak n calar..tayar koyak, lampu pecah n body lari sket la sebab hentakan kuat.






Alhamdulillah la semua da settle.
ayah budak tu dah setuju nak bayar ganti rugi kerosakkan kereta.
aku pun dah hantar kete kat bengkel member aku.
orang kata "Malang memang tak berbau".
mudah-mudahan kita semua dijauhkan daripada perkara-perkara yang buruk insyaAllah.

tu la kot nak kongsi..
papai~ :P














Wednesday, December 14, 2011

Edisi 18 : kucen dan aksi..:)

Assalamualaikum..
hye!!hari ini da hari rabu ye..
cepat je masa berlalu..
tapi xpe la..hidup mesty enjoy kan?
erm..entry kali ni nak cite pasa kucing
dan gelagatnye..hehe..
bukan nak cite pon tapi nak korang layan je gambar2 nie..
layanz~

penat sangat gaknye

hehe..abg yang baik. mengeratkan hubungan adik beradik..:P

ape kes?

mane2 je boleh tido..hehehe~



termenung ye bang~ :P

ngantuk cgt neh..hihi~

hambek ko!! :P

tolong..saya xlarat nk jalan..aptb..hihi~

usha line da clear ke blom..hihi~

hehe..tu je la nak kongsi ngan korg..
moga terhibur,hehe~
papai~ :P




Monday, December 12, 2011

Edisi 17 : Sepetang bersama Kondo~

Assalamualaikum..
haa..ape kabo semua?harap2 sume sehat la ye.
da bape hari da xupdate blog nie..
nasib xbersemak samun..haha..
klo kt blog ni bole tumbuh rumput,
da xnmpk da blog aku nie..hahaha~

entri kali ni nak cerita mengenai Kondo.
haa..korang mesti ingat umah kondominum kan?
hahaha...kaya cgt la aku bole bli umah tu kn?hihi..
mudah2an satu hari nanti dapat la beli ye x? :)

Kondo tu sebenarnya adalah nama kucen parsi yang comel
yang dipunyai oleh tuan yang hensem dan bergaya
En. Farhan bin Abu Bakar.
haa..kondo nie berumur 1 tahun lebih tapi
badan die kus semangat..sangat sehat.
muka ganaz je ble tengok orang.
kalau tengok awek ntah macam mana la tu kn?
lari awek2 ngan muka ganaz kondo neh..hehe..
malas nak cite banyak2. korang layan la gambar kondo nie ye.
hehehe...
Gelagat kondo di depan camera..:P

uumm..chakk!!men chak2 plak die ye~

kene berdiri la plak...hehe~

oittt..pandang sini la..:)

posing dr tepi la plak..:)

santai ria..

nak lari kt rumput tp...lepak saje..:)

wat muke tension..pk PSM kew?hihi~

tingg!!..dpt idea.ahak!

haa..gambo yg ni paling comel..ngee~

apa-apa pon memang besh dapat jumpa si Kondo neh..
geram tgk bulu die yg lebat tu..da bole baring atas dia..hihi~
walawpon sekejap je jumpa Kondo tapi besh.
dapat la lepaskan windu kat kucing2 kat umah..

p/s: kondo kena ngurat woo dengan 2 orang awek..hihi..
thanks to Farhan sebab bagi snap kondo..:)

tu je la kot nak kongsi..hehe..
jumpe lagi.
papai..:P

Thursday, December 8, 2011

Edisi 16 : Alhamdulillah..4hari sudah~

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, hari ini da hari ke-4 da aku berpuasa
sekejap je dah 4hari ye..
kalau dulu masa kecik2 time2 puasa dulu
nak tunggu sampai petang tu punye la seksa.
rasa waktu tu berjalan lambat jer..huhu..
tapi bila usia dah meningkat dewasa nie xterasa waktu berlalu

erm..sebut pasal puasa ni semstinya la lapar kan?
bila da smpai waktu berbuka mesti la nk makan banyak2
sebabnya nak balas balik taka makan siang tadi,hahaha..
tapi xbole macam tu..tu ikut nafsu namanya. makan mengikut keperluan sahaja.

tapi aku ni baru 4 hari berpuasa sampai dah xtahu da nak makan apa.
tak teringin apa2 pon nak makan neh..huhu..
nak buka kat cafe hari-hari makanan yang sama jer..adoi..
memang boring jugak kan..
arini nak buka apa pon tak tahu.
kalau dapat makan sup ayam + nasi kosong + telur dadar..
fuhh!macam best jer..hahaha..
kalau pekene PROSPERITY pon macam layan jer
tapi kenyang kew?hehe..

tengok la macam mana nanti.
kalau rasa nak makan nasi, makan nasi..hehe..
kalau x makan PROSPERITY..ngee~

tu je la nak kongsi kot..
papai~ :P

Edisi 15 : Wajah baru..:)

Assalamualaikum..
mornink semua..hehe..
erm..jam da pukul 5 pagi da nie..
tapi aku masih lagi tak tidur sebabnya mate nie xngantuk la plak..adoii..
kalau buat PSM tu kang cepat je mata ni nak lelap..huhu..

sebenarnya bukan nak cite pasal itu..
yang nak diceritakan adalah page aku yang berwajah baru nie..
korang perasan x?klo xperasan memang aku la yang malu..hahaha..
saje je tukar image baru sebab tengok kengkawan lainnye blog cantek2 jer..
teringin gak nk cmtu..hehe..

kalau xcantek page aku nie jangan la kutuk.
percubaan pertama la katakan nak buat perubahan..:)
tapi yang penting atas usaha sendiri akan rasa kepuasan tu.
apa-apa yang kita buat mesti la kita kena yakin dan berani mencuba.
kena kritik tu biasa la..tu maknenya ader gak orang yg prihatin kat kita..hahaha..

tu je la kot nak kongsi..
papai..:P

Tuesday, December 6, 2011

Edisi 14 : 14 Perkara sunat pada hari Asyura

Assalamualaikum.
apa khabar semua..harap-harapnya semua sehat hendaknya.
korang puasa x hari ini? hari ini 10Muharam atau dipanggil hari Asyura.
kalau korang puasa hari ini banyak kelebihan yang akan kita dapat
dan juga perkara sunat yang kita lakukan pada hari ini jugak akan mendapat banyat fadhilatnya.
kat bawah ni ada senarai perkara sunat dan fadhilat yang akan kita dapat jika kita lakukan..
sumber dari Oh!Islam.

Berikut adalah 14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam apabila menjelangnya hari Asyura ini.
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
p/s:  semoga kita dapat mengambil salah satu atau lebih daripada senarai yang ditunjukkan diatas insyaAllah~
papai~ :P